Langkau pelayaran

EL-NINO

El-Nino ialah satu fonomena atmosfera yang luar biasa di mana berlaku satu tiupan angin yang bertiup,tetapi tidak berlaku dan melibatkan perubahan arus permukaan yang memberi kesan atau masalah kepada sistem alam sekitar seperti perubahan cuaca dunia.Kejadian el-nino menyebabkan sebahagian dunia mengalami cuaca panas dan sebahagian dunia lain mengalami ribut dan banjir.

PROSES-PROSES KEJADIAN EL-NINO

Kejadian El-Nino terjadi dimana keadaan tiupan angin yang biasa angin akan bertiup dari kawasan Lautan Pasifik iaitu dari benua Amerika Selatan menuju ke kawasan Australia, Indonesia, Malaysia dan Negara-negara Asia Tenggara yang lain.

Selain itu, tiupan angin juga menyebabkan berlaku arus lautan bergerak yang boleh menyebabkan bahan-bahan dari dalam laut turut naik bergerak bersama-sama ke tempat lain.Air laut juga panas akibat peningkatan suhu global telah menyebabkan tekanan udaranya menjadi rendah.Dengan ini melemahkan, menghentikan, dan mengubaah pola tiupan angin timuran dari darat ke laut atau dari timur ke barat.Angin yang mengumpulkan lembapan akan melepaskan lembapan yang dikumpulkan ke kawasan yang dibawanya serta menurunkan dalam bentuk hujan.

Oleh sebab itu,  hujan monsun turun di kawasan tangah Lautan Pasifik dan bukan di kawasan yang sepatutnya iaitu di Asia Tenggara dan Australia.Hal ini menyebabkan berlaku cuaca panas, kemarau, dan suhu yang tinggi serta kadar hujan yang sedikit dialami oleh Negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia dan lain-lain.

Pada masa yang sama juga, kawasan timuran Lautan Pasifik yang meliputi Negara-negara Amerika Selatan seperti Brazil, Ecuador, Peru, Argentina dan lain-lain menerima pengaruh tiupan angun yang kencang menyebabkan berlakunya hujan lebat, banjir terutama di persisiran pantainya apabila tiupan angin timuran berubah dan bergerak dari barat ke timur.

KESAN-KESAN EL-NINO

Kejadian El-nino telah memberi kesan terhadap alam sekitar, antaranya ialah memberi kesan terhadap tumbuhan. Dengan hujan yang lebat iaitu kesan daripada El-nino akan menggalakkan pertumbuhan semak samun di kawasan cerun pergunungan tepi pantai yang dipanggil chapparo.

Kesan yang lain ialah terhadap perubahan cuaca iaitu kesan angin. El-nino menggalakan pembentukan angin yang kuat mengakibatkan taufan melanda polysenia.Kepulauan Cooks, kepulauan dan Guam. El-nino juga menambahkan kejadian siklon tropika di kawasan Lautan PasifikTengah berdekatan dengan Hawaii pasifik selatan dan Barat Laut Pasifik antara garisan Longitud darjah dengan 180 T/B.

Selain itu juga memberi kesan kepada kenaikan suhu. Pada tahun 1997 terjadinya El-nino yang terhebat sekali mengatasi tahun 1982/1983. pada tahun 1997 didapati bahawa suhu permukaan lautan di luar pantai Ecuador  dan Peru naik sebanyak 5 darjah celcius. Air panas ini kawasan seluas 14 juta km persegi iaitu lebih kurang 1.5 keluasan Kanada  naik sebanyak 2-3 darjah dari suhu biasa.

Kesan yang lain ialah angin monsun. Kejadian monsun yang tidak menentu di kawasan timur barat India dengan hujan yang lebat di beberapa tempatyang menerima hujan 300 mm pada bulan jun. ENSO musim panas, hujan monsun di India menjadi lebih kurang daripada keadaan biasa khasnya di bahagian barat laut India. Di benua Afrika Tenggara dan Brazil Utara mengalami keadaan cuaca yang lebih kering daripada biasa.

El-nino juga turut memberi kesan terhadap manusia iaitu kesan kepada sektor perikanan. Arus panas yang melanda Pantai Ecuador menyebabkan arus panas berpecah kepada 2 arah iaitu British Colombia dan ke Chile. Akibat daripada itu banyak ikan di tepi pantai Peru dan Ecuador turut mengikut arus panas lalu meyebabkan kekurangan ikan di industri Ecuador, banyak anjing laut mati kerana kekurangan makanan menyebabkan bilangan anjing laut berkurangan sewaktu El-nino melanda.

Selain itu ia juga memberi kesan kepada sektor pelancongan. Kenaikan arus suhu lautan telah membawa kemusnahan terhadap terumbu karang dan hakisan tepi pantai. Akibatnya semua keindahan pelancongan. Kebakaran hutan menyebabkan kejadian jerebu serta menjejaskan kegiatan pelancongan dan menyebabkan pelancong asing tidak berminat lagi untuk melancong ke Negara Asia Tenggara. Disebabkan bencana ini, musim dingin di British Colombia menjadi lebih sederhana dan kawasan tersebut turut mengalami masalah salji berkurangan pada musim dingin. Akibat daripada El-nino melanda, kegiatan sukan pelancongan musim dingin turut terjejas.

Kesan yang lain ialah kegiatan pertanian. Kebakaran hutan menyebabkan keadaan udara yang kotor (jerebu) telah mengurangkan proses fotosintesis tanaman. Ini akan mengurangkan hasil kepada pertanian. Keadaan kemarau yang berlaku di lembangan Lautan Pasifik semasa El-Nino menyebabkan kerosakan tanaman bijirin di Australia, hasil tanaman kopi turun di Sumatera, hasil pengeluaran ladang jagung, kelapa, dan sawah padi di Filipina turut terjejas, dan kambing biri-biri di Australia mati akibat suhu panas yang melampau.

LA-NINA

La nina merupakan satu fenomena luar biasa yang melibatkan perubahan arus permukaan laut dan tiupan angin di lembangan Pasifik yang menyebabkan sebahagian dunia mengalami ribut dan banjir. La nina bererti ‘The Little Girl’ a.k.a el Viejo ‘old man’.

PROSES-PROSES KEJADIAN LA-NINA

Pembentukan La nina berlaku disebabkan tumpuan pancaran cahaya matahari menyebabkan lautan pasifik mengalami pemanasan luar biasa. Keadaan laut yang panas menyebabkan banyak arus naik, udara akan panas lalu mewujudkan kekosngan di atmosfera. Sel kekosongan ini aan menarik angin timuran ke kawasan sel lalu meningkatkan kekencangan angin timuran. Angin timuran yang semakin kencang menolak lebih banyak arus panas menuju ke kawasan perairan Asia Tenggara menyebabkan suhunya lebih panas daripada biasa. Ini mengakibatkan udara di permukaan lautan menjadi panas dan naik membentuk awan mengakibatkan kejadian hujan yang lebat di kawasan Asia Tenggara.

La Nina merujuk kepada keadaan suhu yang lebih sejuk dari biasa merentangi Pasifik Tengah dan Timur – lebih sejuk dari keadaan biasa apabila Arus Humbolt membawa air sejuk ke kawasan Pasifik ini. Semasa La Nina, angin timuran bertambah kuat dan kejadian putaran sejuk sepanjang pantai barat benua Amerika Selatan meningkat.

Sepanjang waktu ini, suhu air laut sepanjang Khatulistiwa boleh jatuh sebanyak 14 darjah Celsius. Semasa tahun-tahun La Nina, monsun meningkat di Asia Tenggara dan Australia – berlawanan dengan tahun-tahun El Nino. Sistem putaran keadaan panas (El Nino), biasa dan sejuk (La Nina) berlaku setiap tiga hingga empat tahun.

KESAN-KESAN LA-NINA

Kejadian La-nina telah memberi kesan terhadap manusia iaitu dari sektor pelancongan. Kenaikan arus lautan membawa kemusnahan kawasan terumbu karang dan tanpa terumbu karang, hakisan tepi pantai menjadi lebih serius lalu merosakkan pantai yang indah dan menjejaskan kedatangan pelancongan.

Selain itu, kesan yang lain ialah kepada Sektor pertanian. Banjir la nina merosakkan kawasan pertanian. Contohnya: kawasan tanaman padi. Petani akan mengalami kerugian dan Negara terpaksa mengimport lebih beras dari Negara jiran. Keadaan ini menggalakkan aliran keluar wang Negara. Kawasan tebu di utara Queensland musnah akibat siklon rona. Kerosakan oleh siklon rona terhadap tanaman dan infrastruktur bernilai RM 150 juta.

Selain itu juga, La Nina memberi kesan terhadap sektor perikanan. Kegiatan upwelling/ pembuakan nutrien dari dasar laut lalu menyebabkan pertumbuhan plankton yang menggalakkan pembiakan ikan. Contohnya pada La nina 1999, nelayan Ecuador mendaratkan 90000 tan ikan tuna berbanding hanya 50000 tan pada El nino 1998.

Disamping itu,  juga menyebabkan pelbagai jangkitan penyakit. Antaranya penularan wabak taun akibat air yang tidak bersih. Peningkatan jangkitan denggi melalui nyamuk AEDES. La nina yang membawa hujan lebat menyebabkan penyakit yang dibawa nyamuk seperti MVE (Murray Valley Encephalitis) merebak di tenggara Australia.

Selain itu, turut menyebabkan kerosakan harta benda, infrastruktur dan kehilangan nyawa. Banjir yang berlaku menyebabkan kerosakan harta benda, rumah tenggelam, perabot musnah dan kerugian wang ringgit. Contohnya: di kemboja, banjir la nina menyebabkan 8 orang kanak-kanak mati lemas dan beribu-ribu kehilangan tempat tinggal di selatan wilayah kompot. Tauan yang berlaku menyebabkan kerosakan infrastruktur di kawasan pelancongan. Ramai kanak-kanak menjadi mangsa banjir kerana menyangka banjir sebagai satu pesta air.

La-Nina juga memberi kesan terhadap alam sekitar. La nina menyebabkan hujan yang sangat lebat di kawasan asia tenggara. Hujan yang lebat menyebabkan banjir yang besar berlaku. Contohnya di Filipina, hujan lebat yang turun telah menyebabkan tanah runtuh berlaku.

Selain itu, kesan lain apabila selepas ribut siklon La nina memusnahkan satu kawasan hutan, kesan pertumbuhan baharu akan berlaku kerana pokok yang tumbang akan mereput lalu membebaskan nutrient ke dalam tanah bagi membolehkan tumbuhan asal tumbuh dengan cepat. Air sungai yang melimpah ke tepi lautan menyebabkan suhu lautan direndahkan. Suhu air lautan yang rendah dengan faktor mendapan tanah dari air ini menyebabkan kematian terumbu karang tepi pantai.Banyak kanggaru mati kerana banyak pokok lumholt kehilangan daunnya akibat dilanda siklon. Seterusnya menyebabkan ekosistem hutan rosak kerana kehilangan rantaian makanan dan habitat yang musnah mengakibatkan populasi haiwan akan berkurangan.

Disamping itu juga, ia memberi kesan kepada kenaikan Arus Lautan. La nina pada tahun 1998/99 mengakibatkan kawasan pantai New Zeland mengalami kenaikan arus lautan menyebabkan ombak kuat menyerbu tembok pantai St. Clair Esplanade sehingga menggegarkan jalan raya yang berdekatan. Aras air tasik Wakatipu naik 50 mm dalam sejam lalu membanjiri 1/3 kawasan berdekatan.

Kesan yang lain ialah kerpasan. La-Nina menarik jet stream Pasifik lebih ke utara sehingga sampai ke Kanada Barat menyebabkan bahagian barat dan tenggara Amerika Syarikat mengalami kekurangan kerpasan.

El Nino-Southern Oscillation (ENSO)

EL-Nino dan La-Nina adalah fasa berlawanan putaran iklim semula jadi yang dikenali sebagai Putaran Selatan El-Nino (El Nino-Southern Oscillation-(ENSO). El Nino dalam bahasa Sepanyol bermakna “Jesus Child” manakala El Nino pula bermakna “Girl Child” dan dirujuk kepada perubahan besar kepada suhu permukaan laut merintangi timur pasifik tropika. Kebiasaannya, lautan Pasifik senantiasa ditiupi angin timuran. Hembusan angin timur ke barat yang meniup air laut hangat jauh dari lautan bahagian timur sebelah Peru dan Chile menuju ke baratlautan Pasifik, mengarah pantai Australia dan Kepulauan Filipina.

Permukaan air ini diganti dengan air sejuk yang terjadi dari arus Antartic Humbolt Current yang sentiasa datang dari pantai benua Amerika Selatan. Ini menyebabkan suhu permukaan laut di bahagian tengah dan timur lautan Pasifik menjadi lebih sejuk dari bahagian barat. Bagaimanapun, dalam tahun-tahun terjadinya El Nino, angin timuran berkurangan.
Oleh itu, air hangat yang sepatutnya menuju ke arah barat sebaliknya berputar balik merintangi lautan Pasifik. Ini mengakibatkan memperlahankan kejadian Arus Humbolt yang sejuk, menyebabkan timur Pasifik, yang sepatutnya menjadi sejuk, menjadi hangat sebaliknya. Semasa air laut hangat memanaskan udara di atasnya, ianya menaikkan daya pengapungan lapisan bawah atmosfera, yang mana menyebabkan pengolakan awan dan hujan lebat.

Berbeza dengan El Nino, La Nina merujuk kepada keadaan suhu yang lebih sejuk dari biasa merentangi Pasifik Tengah dan Timur – lebih sejuk dari keadaan biasa apabila Arus Humbolt membawa air sejuk ke kawasan Pasifik ini. Semasa La Nina, angin timuran bertambah kuat dan kejadian putaran sejuk sepanjang pantai barat benua Amerika Selatan meningkat. Sepanjang waktu ini, suhu air laut sepanjang Katulistiwa boleh jatuh sebanyak 14 darjah Celsius. Semasa tahun-tahun La Nina, monsun meningkat di Asia Tenggara dan Australia – berlawanan dengan tahun-tahun El Nino. Sistem putaran keadaan panas (El Nino), biasa dan sejuk (La Nina) berlaku setiap tiga hingga empat tahun.

El-nino mempunyai pasanganya sendiri yang terbentuk daripada putaran selatan atmospera (Southern Oscillation).Percamtuman  antara El nino dan Putaran Selatan dikenali sebagai EL-NINO SOUTHERN OSCILLATION(ENSO). Jelas apabila  E nino  berkombinasi dengan pasanganya pada masa yang sama  ia mempunyai kuasa  berlipat kali ganda daripada El nino biasa dalam “mengubah nasib cuaca dunia”.Jadi sebenarnya bukan fenomena El nino biasa yang melanda dunia kini tetapi ia adalah Enso.

Kejadian enso berkait rapat dengan dengan perbezaan  suhu permukaan laut (sst),dan keadaan atmosfera sehingga boleh mengubah  haluan angina.perbezaan suhu permukaan laut (sst) telah melemahkan tiupan angina monsoon timur laut.kajian menunjukkan gradian atau kecerunan sst laut china selatan merosot,hujan yang sepatutnya turun di bahagian asia teggara tidak berlaku sebaliknya berpindah ke bahagian kebahagian tengah lautan pasifik dan timur kawasan pasifik.

Apa yang berlaku di bahagian timur pasifik adalah berbeza dengan bahagian barat pasifik. Sebagai contoh,ENSO telah menyebabkan tekanan udara rendah wujud di sepanjang musim panas di pantai California sehingga berlakunya kelembapan yang tinggi  di Teluk Area dan kawasan tadahan Los Angles.Ini memungkinkan berlakunya kejadian taufan tornado di beberapa tempat di pesisir pantai Amerika Syarikat terutamanya di Flourida,Santa Rosa dan Los Angles sendiri berikutan daripada perubahan angina pusat (trade wind) menuju ke arahnya..Tidak hairanlah kawasan ini sering menjadi kawasan yang menerima kejadian ribut taufan yang kuat dan mengorbankan banyak nyawa dan merosakkan harta benda.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: